Tuesday, 12 March 2013

Sinonim

1.         Pondok / rumah / bangunan usang
            usang = buruk
2.         kampung = desa
3.         menyidai baju / pakaian / kain
            menyidai = menjemur
4.         sembuh dari sakit
            sembuh = pulih
5.         Suasana lengang
            lengang = sunyi = sepi = sunyi-sepi
6.         Berjalan dengan lambat
            lambat = perlahan
7.         Permohonan itu masih dalam pertimbangan
            pertimbangan = penelitian
8.         kesusahan = kesukaran
9.         cadangan = saranan
10.       Saya mengajak rakan-rakan ke majlis hari jadi saya.
            mengajak = mengundang
11.       Dia menyambut kedatangan kami.
            kedatangan = kesampaian

Kata Berganda Berima

1.         licin-licau
            Lantai yang baru dilap itu licin-licau.
2.         kusut-masai
            Fikirannya kusut-masai.
            Rambut perempuan itu kusut-masai ditiup angin.
3.         basah-kuyup
            Badannya basah-kuyup kerana kena hujan.
4.         semak-samun
            Pekerja itu sedang menebas semak-samun di tepi jalan.
5.         lintang-pukang
            Ah Fu berlari lintang-pukang apabila dikejar oleh anjing garang.
6.         huru-hara ( keadaan yang tidak tenteram )
            Keadaan di negara yang berperang itu huru-hara.
7.         hiruk-pikuk ( sangat bising ) = riuh rendah = hingar-bingar
            Suasana di pasar minggu hiruk-pikuk.

Peribahasa

1.         seperti katak bawah tempurung
            - tidak mengetahui dunia luar atau keadaan semasa
2.         bagai murai tercabut ekor
            - orang yang suka bercakap
3.         bagai melepaskan anjing tersepit
            - menolong orang yang tidak tahu berterima kasih
4.         bagai aur dengan tebing
            - saling membantu
5.         bagai tikus membaiki labu
            - merosakkan barang yang dibaiki
6.         air yang tenang jangan disangka tiada buaya
            - orang yang diam jangan disangka pengecut
7.         ada udang di sebalik batu
            - mempunyai niat tertentu di sebalik perbuatan yang dilakukan
8.         hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
            - akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan memberi alasan untuk menolaknya
9.         sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
            - berfikir dahulu sebelum mengambil keputusan
10.       sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
            - orang yang pandai tidak akan terlepas kerana akan kecundang juga akhirnya

Gate-Screening