1. seperti katak bawah tempurung
- tidak mengetahui dunia luar atau keadaan semasa
2. bagai murai tercabut ekor
- orang yang suka bercakap
3. bagai melepaskan anjing tersepit
- menolong orang yang tidak tahu berterima kasih
4. bagai aur dengan tebing
- saling membantu
5. bagai tikus membaiki labu
- merosakkan barang yang dibaiki
6. air yang tenang jangan disangka tiada buaya
- orang yang diam jangan disangka pengecut
7. ada udang di sebalik batu
- mempunyai niat tertentu di sebalik perbuatan yang dilakukan
8. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
- akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan memberi alasan untuk menolaknya
9. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
- berfikir dahulu sebelum mengambil keputusan
10. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
- orang yang pandai tidak akan terlepas kerana akan kecundang juga akhirnya
| Gate-Screening |
No comments:
Post a Comment